Saturday, May 07, 2011

Cara pakai skaf kecil yg menutup dada


Mungkin ada yang terfikir agak mustahil skaf kecil dipakai sebagai tudung tapi boleh menutup dada, kan? Video diatas menunjukkan salah satu cara memakai skaf kecil yang menutup bahagian dada. Saya cuba memberi tunjuk ajar sebaik mungkin dan harap ianya membantu. Cara pemakaian skaf ini diajar oleh seorang blogger 2,3 tahun lepas tapi sekarang saya tidak ingat nama blog dia. Saya juga terima banyak permintaan cara memakai tudung menutup dada. Minggu depan InsyaAllah ada video baru :)

Kalau di negara kita, sebelum ramai yang memakai selendang, pembelian tudung empat segi takde masalah. Tapi kalau tinggal di negara yang minoriti penduduknya Muslim, pembelian tudung empat segi amat susah. Sebab itu, kebanyakan orang luar negara lebih ramai yang memakai selendang daripada tudung empat segi. Di negara kita pun dah terlalu banyak yang menjual selendang sampai tudung empat segi hampir pupus. Sekarang amat susah nak membeli tudung empat segi sebab ramai supplier dah hentikan pengambilan stok tudung empat segi. Kalau nak diikutkan, majoriti penduduk negara kita lebih suka pakai tudung empat segi daripada selendang. Saya pun tak ketinggalan mendapat aduan daripada pelanggan kenapa tudung Pramit takde corak baru? Masalahnya sekarang tudung Pramit sudah dihentikan stoknya oleh supplier saya. Tapi saya tetap masih mencari penjual tudung ni sebab bukan sahaja ramai pelanggan saya yang suka, saya sendiri pun suka tudung Pramit tu :)

Kalau skaf jenis satin yang biasanya diapakai oleh orang Turki, saiz bidang skaf tersebut biasanya kurang 40 inci.


Sebab itu ramai orang Turki yang memakai skafnya begini sebab tudungnya kecil.


Tapi sekarang yang saya sedar, banyak tudung semakin singkat. Tudung instant yang saiz M yang biasanya menutup dada, sekarang seakan-akan saiz S. Saya pernah tanya kepada supplier kenapa tudung semakin singkat. Jawapan mereka, kain sekarang semakin mahal. Bila saya tanya kenapa tudung saiz L semuanya 'plain' dan tak bercorak, jawapan mereka tak ramai yang beli tudung labuh. Kalau nak diikutkan pelanggan saya ramai yang suka beli tudung labuh daripada tudung singkat.... dan ramai juga yang membeli tudung empat segi. Mungkin saya seorang sahaja pelanggan mereka yang berminat membeli tudung labuh :P

Untuk sesiapa yang suka memakai tudung labuh, minggu ni saya banyak buat 'penyelidikan' cara membuatnya. Disebabkan takde orang jual, saya terpaksa cari inisiatif sendiri. Saya suka cabaran sebab kadang-kadang cabaran buatkan saya lebih kreatif. Walaupun kadang-kadang hasilnya kurang menjadi...hehehe!!