Wednesday, August 10, 2011

Hijab Tutorial: Inspired by Ustazah






Walaupun agak lewat untuk hasilkan tutorial yang tak seberapa ini, hajat seseorang telah saya tunaikan. Terima kasih kepada yang bertanya(tak pasti namanya siapa sebab tak diberitahu) dan minta maaf sebab video lambat di upload.

Sebenarnya, dulu saya pun pernah tertanya-tanya macammana Ustazah Nor Bahyah pakai tudung sebab tudung dia nampak kemas(^_^). Tapi waktu tu dia selalu pakai tudung yang anak tudung dia nampak macam tudung bawal(rasanya memang tudung bawal pun). Masa tu, tudung yang fashionable macam sekarang belum keluar lagi... brand Ariani pun tak wujud lagi. TV9 pun belum lahir lagi, apatah lagi Semanis Kurma. Tapi masa tu saya banyak tertanya-tanya cara pemakaian tudung dia daripada mencuba sendiri.

Selepas tengok banyak gambar, maka terhasillah video diatas. Saya tak berani kata itu adalah 100% cara yang ustazah Siti Nor Bahyah pakai tapi saya rasa perkataan inspirasi lebih sesuai. Salah satu sebab, saya masih ragu dan kurang yakin yang tutorial saya tu adalah sama ataupun tidak. Tapi yang pasti, tudung bahagian dalam (anak tudung) memang menutup dada dan tudung bahagian luar(selendang) mestilah jarang dan nipis.

Dalam video tu saya pakai tudung bawal no.2 yang tidak bercorak dan takde manik, berlian atau jenis perhiasan yang lain. Yang pasti, tudung bawal tu kena KOSONG sepenuhnya. Saya pilih tudung bawal NO.2 sebab tudung ni senang dibentuk. Tapi ikut suka hati masing-masing... nak pakai tudung bawal no.1 pun boleh jugak (^_^). Tapi pastikan tudung tu jenis mudah dibentuk dan selesa dipakai (tak panas). Selendang pulak pastikan selendang dari fabrik chiffon. Haaa... sesiapa yang tak pakai selendang chiffon yang jarang tapi dah terbeli, bolehlah praktikkan tutorial ni. Kain chiffon dipilih sebab kainnya lembut, ringan, nipis dan selesa walaupun dipakai 2 lapis. Jangan pakai Pashmina, melainkan sekarang tinggal di negara sejuk =D

OK, sesiapa yang nak request apa-apa pun, boleh komen, emel, tweet dan msg saya di FB bila-bila masa. Tapi sebelum tu, saya hanya nak bagitahu yang cara pemakaian tudung saya biasa sahaja dan tidaklah fashionable sangat :) Bukan nak merendah diri tapi memang betul pun....hihi! Walaupun nampak tak berfesyen sangat, saya masih minat fesyen tapi yang tak terlampau sangat. InsyaAllah kalau ada apa-apa yang bagi inspirasi kat saya yang berkaitan dengan tudung, saya akan tulis lagi di sini.

Sebelum terlupa, tudung-tudung disini yang bertajuk "Hijab Inspired" tidak dijual buat masa ni. Kalau ada stok, saya akan beritahu dan masukkan dalam kedai online saya (^_^).


My Online Shop
(ship worldwide to selected countries)