Sehingga hari ini(18 Januari 2012), selendang dan anak tudung yang ditunjukkan dalam video tersebut masih belum update dalam kedai online saya. InsyaAllah dalam minggu ni saya updatekan semua. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengedit gambar sebab saya perlu mengedit gambar satu persatu sehingga saya puas hati. Kedai online pun saya sudah berwajah baru. Kalau belum tengok, bolehlah klik SINI (^_^).
Sebelum terlupa, saya nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menonton video saya yang lain. Sebenarnya kebanyakan video yang dibuat sekadar suka-suka dan sebab itulah saya meletakkan diri saya sebagai "Youtuber" dan bukan "Guru". Kepada sesiapa yang memberikan kata-kata negatif, kata-kata anda memberi inspirasi kepada saya sebab membuat saya terfikir sekali lagi yang saya tak sebagus mana pun... hehe!! InsyaAllah saya akan membuat video yang lebih berkualiti selepas ni (^_^).
P/S: Kebanyakan video yang saya upload saya tak tengok balik sebab bila saya tengok balik, saya akan tergelak sorang-sorang...hehe!!
Terima kasih,
fadz

0 comments:
Post a Comment